26 November 2012

UAI - Nikmat Solat/Sembahyang

25 November 2012

UAI - Perempuan pergi/ziarah kubur

24 November 2012

UAI - Solat Jamak

23 November 2012

UAI - Tak Solat Jumaat Kerana Kerja


Daripada Abu Lubabah bin 'Abdul Mundzir Radhiallahu 'anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya hari Jumaat ialah hari kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri..."
[Hadits riwayat Ibnu Majah]

20 November 2012

UAI - Boleh tak upah anak supaya rajin buat ibadat?

 

18 November 2012

UAI - Sibuk, tak ada masa belajar agama

17 November 2012

UAI - Ada Orang Pertikai Serban Ustaz Don

 

12 November 2012

Ustaz Don - Pewarna Rambut dan Mandi Wajib


Dibahagian awal dan akhir klip ini Ustaz Don memberitahu kesilapan-kesilapan sebutan yang dilakukan dalam menyebut ayat dalam solat dan Kalimah Syahadah.

10 November 2012

Ustaz Don - Syarat Pakai Tudung Sempurna


Dengar dan tengok betul-betul. Ikut 4 syarat cara pakai tudung yang sempurna ni. Hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun takpa.. nak belit ka? nak pusing2 ka? nak boh ramu2 ka? macam mana pun boleh... janji 4 syarat tu kena ikut la... Wallahualam!!!

09 November 2012

UAI - Qadha Solat Fardhu yang Tertinggal

 

08 November 2012

UAI - Bab pemakaian tudung/aurat

 

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Wallahualam!!

05 November 2012

UAI - Cuit Bahu Orang sedang Solat