20 December 2012

UAI - Sedekah & Derma




Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya" (Hadis Riwayat Muslim)

Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya


Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :
1. DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan) diakhirat
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.

06 December 2012

UAI - Mayat jadi berat jika tidur sewaktu Azan?

05 December 2012

UAI - Enggan Mandikan Mayat

03 December 2012

Ustaz Don - Soal Jawab @ Klinik Keluarga Membina Fitrah Anak



Klinik Keluarga Membina Fitrah Anak Anjuran Brainy Bunch Islamic Montessori
Antara soalan:
1. Bercakap dan memberi nasihat semasa makan 
2. Masaalah firman Allah Surah : AN-NUR - '(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.'
3. Macam mana mengatasi masaalah anak untuk isteri bekerja
4. Idola anak anak cintai Rasullulah SAW

01 December 2012

UAI - Kenduri dan doa untuk arwah ikut hindu?.


Islam sangat menggalakkan orang hidup terutama kepada anak-anak dan keluarga terdekat yang lain supaya sentiasa membaca Al-Qur‘an, doa dan zikir dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah meninggal. Pada hakikatnya pembacaan Al-Qur‘an, bertahlil dan seumpamanya itu tidak hanya terhad atau terikat dengan tujuh hari, empat puluh hari atau disebut sebagai makan haul, bahkan bacaan-bacaan tersebut sepatutnya sentiasa diamalkan sepanjang masa supaya ibu bapa dan keluarga yang telah meninggal itu mendapat rahmat, ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana yang dinanti-nantikan oleh mereka. Hal ini telah digambarkan dalam sebuah hadis:

Maksudnya: “Umpama orang mati itu dalam kuburnya seperti orang karam yang berpaut dengan apa sahaja, dia menanti doa daripada anak, atau bapa atau saudara atau kerabat, dan sesungguhnya doa itu masuk ke dalam kubur si mati (iaitu) doa daripada orang yang hidup yang berupa cahaya seperti gunung besarnya”. 

Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa tiap-tiap seorang hamba Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya naik dan sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mukmin itu mati, ternyata kehilangannya oleh kedua pintu itu, lalu menangisinya. Perkara ini telah diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, sebagaimana Baginda bersabda:

Maksudnya: “Orang mukmin itu mempunyai dua pintu, satu pintu bagi amal kebajikannya naik ke langit dan satu pintu tempat turun rezekinya daripada langit. Maka apabila seseorang itu mati kedua-dua pintu itu menangis. Oleh kerana itu Allah Ta‘ala berfirman: “Mereka itu (Firaun dan orang-orang yang tidak melakukan amal kebaikan di muka bumi ini, ketika dibinasakan) tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”.
(Hadis riwayat Al-Tirmizi)